Friday, 4 November 2016

Pengenalan Ekonomi Keluarga Dan Pengguna

Definisi dan Konsep Asas

 Ekonomi : kajian tentang bagaimana manusia membuat pilihan bagi menyelesaikan masalah untuk memenuhi   kehendak yang tidak terhad dengan sumber yang terhad.

Ekonomi keluarga :  Peraturan, prinsip dan konsep yang berkaitan dengan penggunaan sumber keluarga yang terhad untuk mencapai tahap hidup yang diingini.

Ekonomi pengguna : Penentuan personal untuk memaksimakan kesejahteraan melalui pilihan ekonomi yang rasional . Keluarga juga berperanan sebagai pengguna, oleh itu ekonomi pengguna juga terangkum dalam ekonomi keluarga.

Sumber
Apa sahaja yang boleh digunakan dalam proses pengeluaran bagi menghasilkan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan atau kehendak. Sumber yang dimiliki keluarga boleh dikelaskan kepada sumber manusia (sikap, nilai, pengetahuan, tenaga, kemahiran dll) dan sumber material (pendapatan, barangan tahan lama yang dimiliki dan semua yang memiliki nilai faedah untuk mencapai matlamat.

Keperluan
Perkara asas yang diperlukan untuk meneruskan hidup. Keperluan asas terbahagi kepada :
keperluan primer -keperluan asas untuk meneruskan hidup (makanan, pakaian, tempat tinggal)
keperluan sekunder- keperluan asas yang berkualiti iaitu keperluan yang lebih tinggi dari keperluan asas (rumah mewah, kereta, pendidikan tinggi)

Kehendak
Barangan atau perkhidmatan yang diingini untuk pengguna selepas memenuhi keperluan asas.

Hubungkait Antara Ekonomi Keluarga Dan Pengguna 
Hubungan antara pengeluar dan pengguna ialah hubunngan yang 'mutual' dan 'voluntary'. Mutual ialah hubungan yang memberi faedah kepada kedua-dua pihak. Manakala voluntary ialah tindakan yang dilakukan secara sengaja. Dua keadaan yang membolehkan pasaran ekonomi berfungsi
1. pengeluar mesti mendapat keuntungan  daripada kos pengeluaran.
2. pengeluar harus bersaing antara satu syarikat dengan syarikat yang lain. Semakin banyak syarikat semakin tinggi kuasa pengguna.

Fungsi Dan Peranan Keluarga dan Pengguna Dalam Ekonomi.
fungsi ekonomi keluarga boleh dibahagikan kepada

1. Perutukan sumber - sumber manusia, sumber material, dan pengurusan sumber yang melibatkan perancangan, pengawalan dan penilaian. terdapat sumber yang boleh dikawal dan tidak boleh dikawal.

2.Pengeluaran-didefinisikan sebagai aktiviti tidak berbayar yang dilakukan oleh ahli keluarga. Pengeluaran boleh dilakukan dengan 3 cara iaitu pengeluaran dilakukan oleh manusia sendiri, aktiviti manusia menggunakan alam semulajadi dan aktiviti keluarga secara alam semulajadi dibantu barangan modal.

3. Agihan-keluarga perlu perihatin terhadap keperluan dan kehendak isi keluarga. Kegagalan berlaku adil akan menimbulkan ketidakpuashatian. Ahli keluarga yang lemah, uzur, kurang upaya perlu diberi perhatian khursus.



No comments:

Post a Comment